rss
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites

Wednesday, 28 December 2011

University of Sharjah

University of Sharjah





Alhamdulillah, pagi ni terasa nyaman sekali berada di masjid APIUM, sebenarnya dah selalu sgt tidur disini, seolah-olah masjid APIUM ni ibarat rumah sendiri..Ada saja pelajar yg akan tidur disini..Namun itu bukanlah topik yg ingin saya bincangkan..Sebenarnya saya baru sahaja selesai membuat keputusan yg mungkin bg sesetengah org merasakan rugi tidak menerimanya,ttp apakan daya..

Baru-baru ni saya menerima tawaran untuk belajar di Universiti of Sharjah di UAE,dekat2 dgn dubai..bunyi macam best..Pengurusan ijazah dasar memaklumkan seramai 8 orang yg layak ditemuduga dan 4 org akan terpilih ke universiti ini..Pelajar yg terpilih akan melanjutkan pelajaran selama 1 sem dan dikehendaki mengambil subjek yg ada didalam jabatan supaya boleh ditransfer jam kreditnya disini..Dari 8 org itu,Alhamdulillah saya antara 4 yg terpilih..Teruja sgt2,semua yuran ditaja,duit belanja dibagi..Ttp apakan daya keinginanku tidak mampu melawan kemampuanku…

Pihak pentadbiran memaklumkan bahawa keberangkatan ke University of Sharjah adalah pd 21 jan 2012, ini bermakna saya mempunyai masa kurang dari sebulan untuk mempersiapkan segala urusan berkenaan passport, diri, keluarga dan sebagainya..Setibanya disana,kami dimaklumkan mesti mengambil 3 subjek sahaja iaitu sebanyak 9 jam kredit, dan djangka pulang pd 22 mei 2012..Puas saya memikirkan apa jawapan yg terbaik untuk masa depanku sendiri,nkkk pergi…rasa mcm ada sesuatu yg kurang, x nkkk pergi...rasa cm rugi plak…Akhirnya saya membuat keputusan untuk tidak pergi dan ianya nyata sekali menghampakan pengurusan ijazah dasar yg begitu mengharapkan kami dpt pergi…Antara sbb yg menghalang kepergian saya kesana ialah 2 sbb sahaja:

1        Sebenarnya syarat untuk saya mendapat konvo ialah dgn menghabiskan sebanyak 125 jam kredit iaitu selama 3 tahun setengah, Cuma pada semester 2, saya telah mengikuti rancangan Akademi Al-Quran 5 dan telah pun extend satu sem, kemudian jika saya pergi ke Sarjah,saya dikehendaki mengambil 9 jam kredit sahaja berbanding student di um yg mengambil jam kredit purata 17-19 jam kredit..Setelah saya congak2 baki 5 sem lagi, saya dikehendaki mengambil purata jam 20 jam kredit setiap sem…Satu jumlah yg banyak, sdgkan sem 3 ni ambil 17 jam kredit pun dh nk pecah kepala..Mungkin bg kos pendidikan jumlah jam kredit sebanyak 20 adalah adalah sesuatu yg ringan tp bg fiqh usul, ianya sgt mencabar…Sempat saya berbincang dgn sahabat karib Zaki dan mengambil pendapatnya,ternyata dia mengakui akan perbezaan antara pembelajaran dibahagian fiqh usul dan pendidikan.

2        Hmmmm sebenarnya 20 jam kredit satu sem mungkin boleh lg dipertimbangkan jika saya betul2 tekad untuk pergi kesana,ttp sebab kedua inilah yg membuat saya terus mati langkah..Ini adalah kerana sahabat saya Mad Nor yg  juga mndapt tawaran untuk pergi kesana menolak tawaran tersebut..Alasannya ialah beliau merasakan kemampuannya masih sedikit dan bnyk perkara perlu diselesaikan dsini sebelum berangkat..Jadi,kiranya saya perlu berada disana berseorangan????hmmmm agak berat juga nk menyesuaikan diri disana selama 4 bulan secara berseorangan, sdgkan student Malaysia yg ke Mesir pun mngmbil masa setahun untuk lughoh sahaja..Inikan saya yg kurang fasih berbahasa arab ini dan pergi berseorangan,dgn siapa tempat saya berbincng nanti,dgn ORG ARAB…hmmmm ok jew tp ibarat ayam dgn itik..sudah tentu perlu mengambil masa, pembentangan juga dlm bahasa arab sepenuhnya..Dalam hati ni Ya Allah kau sajalah yg faham..Akhirnya saya membuat keputusan dgn rela hati tidak dpt pergi kesana..

Kesimpulannya, bak kata sahabatku zaki: hidup kita ni sentiasa ada ada pilihan, pilihan jalan pintas ataupun jalan step by step..jika kita mengambil jalan pintas, kita hendaklah bersedia menanggung risikonya berbanding mngmbil jalan step by step,wp lambat ttpi selamat..InsyaAllah  saya bercadang habis ijazah d Universiti Malaya ni saya akan pergi ke timur tengah suatu hari nanti…Dan saya juga berhasrat membawa zaujah sekali bak kata zaki….hihihihihi….

0 comments:

Post a Comment

Text Widgets

About

Semoga terus thabat dalam perjuangan..Ayuh bangkit Al-Ghamidian
Powered by Blogger.